Jika
dilihat dari segi bentuk Khat Raihani hampir menyerupai Khat Thulus.
Hanya huruf-hurufnya agak lebih lebar dan panjang serta ditambah dengan
tanda-tanda syakal.
Hashim
Muhammad al-Khuttat dalam kitabnya Qawa’id al-Khatti li al-Araby
menyatakan bahawa kaligrafi khat adalah sesuatu yang mengasyikkan dan
sangat menarik. Tulisan ini adalah satu-satunya yang paling fleksibel,
elastik dan mudah dibentuk untuk disesuaikan dengan tempat tanpa
mengorbankan keasliannya.
Lebih
mempesonakan lagi jika khat tersebut dihasilkan oleh seorang seniman
Naturalist. Keindahan tulisan ini sering membuat seseorang seniman
mengolahnya menjadikan benda-benda yang wujud seperti perahu, gelas,
binatang dan sebagainya. Bahkan pengambilan sumber semulajadi yang lain
seperti tumbuhan merupakan seni yang sangat indah dalam perkembangan
kesenian Islam yang digabungkan dengan seni Khat yang berasal daripada
tulian Arab.
Penyertaan
ini pula pada hakikatnya merupakan kesedaran kepada erti larangan untuk
mencuba menggambarkan makhluk-makhluk hidup sesuai dengan Hadith Nabi
S.A.W. Sebagai hasilnya, maka usaha untuk mengabadikan ciptaan Ilahi
yang berupa alam dan segala kandungannya dalam bentuk yang abstrak dan
estatik.
0 komentar:
Posting Komentar